Perkhidmatan
Manfaat dana TIJARI untuk Ummah
Pemerkasaan Syiar & Keagungan Islam
Pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Pemantapan Ilmu & Pendidikan
Pengupayaan Peranan & Fungsi Institusi Islam
Pemerkasaan Agenda Kebajikan & Keprihatinan Sosial
Pemberdayaan Sosio & Ekonomi dan Pembelanjaan Lain dan Bantuan Pelbagai
Perkhidmatan
Bantuan Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Selangor
Masjid merupakan institusi penting dalam Islam yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat pelaksanaan ibadah solat lima waktu, malah turut memainkan peranan yang signifikan dalam aspek kemasyarakatan dan sosial serta menjadi lambang persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Seiring dengan kedudukannya sebagai entiti yang menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) mengambil inisiatif untuk membantu masjid dan surau di sekitar Negeri Selangor yang berdepan kekangan dana pengimarahan melalui penyaluran bantuan kewangan secara bayaran sekali beri (one-off payment). Bagi tujuan permohonan, pihak pemohon dikehendaki mengemukakan surat permohonan rasmi, kertas kerja program serta salinan penyata bank terkini yang telah diperakui sah. Semua dokumen permohonan hendaklah dihantar ke alamat e-mel rasmi TIJARI di tijari.jais@gmail.com
sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh pelaksanaan program bagi membolehkan proses penilaian dan penyelarasan dilaksanakan oleh pihak Sekretariat TIJARI. Bagi memastikan pengagihan bantuan yang lebih teratur dan saksama, setiap institusi hanya dibenarkan mengemukakan permohonan tidak melebihi tiga (3) kali dalam tempoh satu (1) tahun.
Bantuan Bencana Negeri Selangor
Bantuan Pendidikan Negeri Selangor
Bantuan Kurang Upaya
Objektif penubuhan dan peranan yang dimainkan oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) adalah untuk mengumpul dana khas umat Islam bagi memajukan agama Islam, faedah, kepentingan, pemerdayaan dan pembangunan umat Islam di Negeri Selangor. Hasrat untuk menyempurnakan visi dan misi TIJARI akan tercapai sekiranya program-program yang dianjurkan adalah berbentuk kebajikan dan keprihatinan sosial ke arah mendekati masyarakat bagi menonjolkan fungsi TIJARI yang sebenar. Rentetan itu, para penderma dapat meningkatkan keyakinan terhadap TIJARI dan menjadikan tabung ini sebagai salah satu platform untuk meraih saham ukhrawi
Manfaat Penggunaan Wang Tabung
