TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) SALUR BANTUAN BENCANA DANA KASIH UMMAH KEPADA INSTITUSI AGAMA DAN MANGSA BANJIR DI NEGERI SELANGOR
Kuala Selangor, 28 November 2025 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan dengan menyalurkan Bantuan Bencana Dana Kasih Ummah kepada institusi agama serta mangsa-mangsa banjir yang terjejas di beberapa daerah di Negeri Selangor.
Dalam usaha memastikan kebajikan ummah terus terbela, TIJARI telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada institusi-institusi yang terkesan akibat bencana banjir, melibatkan sekolah agama, KAFAI, masjid dan surau seperti berikut:
KAFAI Imam Al-Ghazali
KAFAI An-Nur Seri Lembayung
KAFAI Al-Muhtadin Desa Kemuning
SRA Pekan Meru
SRA Sungai Kandis
KAFAI Al-Falah, Kapar
Surau Jamiah Meru Tengah, Kapar
KAFAI Kampung Sungai Serai
SRA Sungai Lui
Surau As-Sulaimaniah
Masjid At-Taufiqiah, Kg. Sentosa
SRA Bukit Kuching
Surau Amanullah
Masjid Pekan Sungai Buloh
KAFAI Nurul Huda Sg. Kajang Baru
KAFAI Nurul Huda, Parit Mahang
Masjid At-Taufiqiah Coalfields
KAFAI Sri Kledang
Bantuan ini bertujuan membantu institusi terlibat melaksanakan kerja-kerja pembersihan, pembaikan kecil serta menampung kerosakan peralatan pembelajaran dan kemudahan asas yang terjejas akibat banjir.
Selain itu, TIJARI turut menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sepuluh (10) Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Daerah Kuala Selangor. Bantuan kewangan sebanyak RM350.00 telah disalurkan kepada setiap mangsa beragama Islam, manakala RM100.00 diberikan kepada mangsa bukan Islam sebagai usaha dakwah dan pendekatan rahmah kepada masyarakat setempat.
Secara keseluruhan, jumlah dana TIJARI yang telah disalurkan bagi bantuan mangsa-mangsa banjir ini adalah sebanyak RM244,450.00, mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi keutamaan.
Bagi Daerah Kuala Selangor, penyerahan bantuan telah disampaikan oleh Ustaz Nasrul Hadi bin Rohani, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor merangkap Pengerusi TIJARI Daerah, diiringi oleh Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.
Manakala bagi daerah-daerah lain yang terlibat, bantuan telah disampaikan oleh Pengerusi TIJARI Daerah masing-masing sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap institusi serta masyarakat yang terjejas.
Inisiatif ini selaras dengan hasrat dan fungsi penubuhan TIJARI sebagai platform dana ummah yang amanah, proaktif dan berimpak tinggi dalam memperkasa kebajikan serta pembangunan sosio-ummah di Negeri Selangor. Tindakan pantas dan tersusun ini juga memperlihatkan kesungguhan JAIS dan TIJARI dalam memastikan bantuan disalurkan secara telus, terancang dan menyeluruh kepada golongan yang memerlukan.
Adalah diharapkan agar bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban institusi dan mangsa terlibat, seterusnya mempercepatkan proses pemulihan pasca bencana serta mengukuhkan semangat solidariti dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.