Sumbangan Insentif Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Kepada Calon Jemaah Haji Muassasah Tajaan Penuh Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2025.

Shah Alam, 5 Mei 2024 – Alhamdulillah selesai penyerahan Sumbangan Insentif dana Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada calon jemaah Haji Muassasah tajaan penuh Kerajaan Negeri Selangor bagi menampung kos perbelanjaan pembukaan akaun dan pendaftaran haji. Bagi yang telah membuka akaun Tabung Haji, lebihan daripada dana sumbangan tersebut boleh diguna pakai sebagai wang saku sepanjang tempoh berada di tanah suci.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hashim Bin Muhamad selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI dan diringi oleh Mohamad Saiful Azli Bin Ramli selaku Akauntan TIJARI. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama-sama In shaa Allah.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok