SUMBANGAN BENCANA KEBAKARAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) MELALUI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)

Paya Jaras, 15 Ogos 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan bantuan bencana kebakaran oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada tiga (3) buah keluarga yang terjejas akibat insiden kebakaran yang berlaku pada 13 Ogos 2024 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan keseluruhan kediaman mangsa. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial, TIJARI telah menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM6,000.00 kepada ketiga-tiga keluarga terbabit bagi membantu meringankan beban serta menampung keperluan asas mereka.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaini bin Ramli, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Petaling dan diiringi oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah serta memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan kesulitan mangsa dan menjadi amal jariah yang berterusan kepada para penyumbang.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok