Sumbangan Bencana Kebakaran Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Melalui Pejabat Agama Islam Daerah (Paid)

Kampung Jenjarom, 13 Mac 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana kebakaran TIJARI kepada mangsa insiden kebakaran yang telah berlaku pada 9 Mac 2025 kira-kira jam 3.00 pagi.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakkan hampir keseluruhan rumah kediaman tersebut dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hairul Anuar Bin Samingan selaku Pegawai Tadbir Agama, PAID Kuala Langat merangkap Pengerusi Daerah Kuala Langat TIJARI dan diringi oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok