Sumbangan Bencana Banjir Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Melalui Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Di Kg Desa Putra
Sepang, 30 Mei 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana banjir TIJARI kepada Masjid Al-Iman, Kg. Desa Putra yang terletak di Daerah Sepang telah mengalami bencana banjir pada 21 Mei 2025 kira-kira jam 3.00 petang yang telah menenggelamkan sebahagian kawasan masjid.
Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Bin Hassan selaku wakil Pegawai Tadbir Agama, PAID Sepang merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Sepang dan diringi oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.