Sumbangan Bencana Banjir Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Melalui Pejabat Agama Islam Daerah (Paid)

Sepang, 29 April 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana banjir TIJARI kepada Surau An-Nur yang mengalami bencana banjir pada 27 April 2025 kira-kira jam 6.00 petang dan telah menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan surau.

Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal Bin Hassan selaku wakil Pegawai Tadbir Agama, PAID Sepang dan diringi oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok