Sumbangan Bencana Banjir Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Di Prasekolah JAIS Kg Jawa
Klang, 26 Jun 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana banjir TIJARI kepada Prasekolah JAIS Kg. Jawa yang terletak di Daerah Klang telah mengalami bencana banjir pada 20 Jun 2025 kira-kira jam 4.30 petang yang telah menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan sekolah.
Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.
Sumbangan telah disampaikan oleh telah disampaikan oleh wakil Pegawai Tadbir Agama, PAID Klang merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Klang dan diiringi oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.