Sumbangan Bencana Banjir Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Di KAFA Integrasi Hidayatul Islamiah

Shah Alam, 7 Mei 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana banjir TIJARI kepada KAFA Integrasi Hidayatul Islamiah yang terletak di Daerah Petaling telah mengalami bencana banjir pada 11 April 2025 kira-kira jam 7.30 pagi yang telah menenggelamkan sebahagian kelas di tingkat bawah dan laluan keluar sekolah. 

Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid Hadi Bin Sharif selaku Pegawai Tadbir Agama, PAID Petaling merangkap Pengerusi Daerah Petaling TIJARI dan diringi oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok