SESI PENYERAHAN SUMBANGAN BAKI KUTIPAN BENCANA BANJIR PAHANG KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

Raub, Pahang, 21 Julai 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Penyerahan Sumbangan Baki Kutipan Bencana Banjir Pahang yang telah dikumpulkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2021, melibatkan sumbangan berbentuk barangan keperluan serta kewangan.

Bagi memenuhi hasrat para penyumbang yang ingin membantu mangsa banjir di Negeri Pahang, Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah menyalurkan baki kutipan tersebut berjumlah RM20,810.00 kepada Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, sebagaimana yang disyorkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Dana berkenaan akan dimanfaatkan oleh pihak JAIP untuk menyiapkan pembinaan sebuah rumah rakit sebagai persediaan menghadapi musim banjir di Negeri Pahang. Majlis penyerahan rumah rakit tersebut dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2024.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI dan diiringi oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam memastikan amanah para penyumbang disalurkan secara telus dan berkesan kepada pihak yang memerlukan, selaras dengan objektif penubuhan tabung ini.

Semoga sumbangan yang disalurkan ini memberi manfaat berpanjangan serta membantu usaha kesiapsiagaan menghadapi bencana di Negeri Pahang.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok