PROGRAM JELAJAH JUALAN INFAK TIJARI BERSAMA RAKAN STRATEGIK MASJID DAN SURAU DI NEGERI SELANGOR
Batu Caves, 18 Oktober 2025 – Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah melaksanakan Program Jelajah Jualan Infak TIJARI bersama rakan strategik masjid dan surau di Negeri Selangor bagi tahun 2025. Program ini telah diadakan di lokasi keenam iaitu di Masjid Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Inisiatif ini menawarkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, ayam dan telur kepada masyarakat setempat dengan potongan harga sebanyak 50 peratus daripada harga pasaran semasa. Pelaksanaan program ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup, khususnya kepada golongan yang memerlukan, di samping menyemarakkan budaya berinfak dalam kalangan masyarakat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI. Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.
Program Jelajah Jualan Infak ini merupakan antara pendekatan strategik TIJARI dalam menggabungkan elemen kebajikan dan pemberdayaan komuniti melalui kerjasama erat bersama institusi masjid dan surau sebagai pusat tumpuan masyarakat.
Adalah diharapkan pelaksanaan program seumpama ini dapat memperkukuh jaringan solidariti sosial, menyantuni keperluan rakyat secara inklusif serta memperlihatkan peranan institusi Islam sebagai pemacu kesejahteraan ummah yang responsif dan berimpak tinggi di Negeri Selangor.