Program Jelajah Jualan Infak Tijari Bersama Rakan Strategik Masjid Dan Surau Di Negeri Selangor
Binjai Jaya, 24 Mei 2025 – Alhamdulillah selesai Program Jelajah Jualan Infak TIJARI bersama rakan strategik masjid dan surau di Negeri Selangor bagi tahun 2024. Program yang telah dilaksanakan di lokasi ke-6 iaitu di Masjid Binjai Jaya, Sabak Bernam ini telah menjual barangan keperluan asas seperti beras, minyak, ayam & telur dengan tawaran harga diskaun sebanyak 50%.
Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, dan diiringi oleh Ustaz Hashim Bin Muhamad selaku Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI dan Ustaz Mohammad Khair Bin Zainal selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Sabak Bernam merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Sabak Bernam dan
Semoga program yang dianjurkan ini akan dapat meringankan beban kepada yang memerlukan seterusnya memberi manfaat untuk ummah khususnya di Negeri Selangor.
“Jika kamu berinfak kepada seseorang, berterima kashlah kepada mereka. Kamu mungkin sudah membantu memperbaiki urusan dunia mereka, tapi mereka juga memperbaiki urusan akhiratmu”
Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor.
Maybank Islamic Berhad: 562106718620.
#islamicsaviourobedience
#bersamamerealisasikankhairaummah #tijari