PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PESERTA KURSUS INTENSIF HAJI TAJAAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)

Shah Alam, 1 April 2026 – Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada 29 bakal jemaah haji tajaan TIJARI sempena Kursus Intensif Haji Tajaan TIJARI yang berlangsung pada 30 Mac hingga 1 April 2026.

Seramai 29 bakal jemaah haji telah menerima sumbangan wang saku sebanyak RM1,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM29,000. Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan TIJARI bagi membantu para bakal jemaah membuat persiapan akhir serta menampung sebahagian perbelanjaan sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI, diiringi oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.

Penyaluran sumbangan ini membuktikan komitmen berterusan TIJARI dalam memperkukuh kebajikan umat Islam di Negeri Selangor melalui pelbagai program dan bantuan yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban para bakal jemaah serta membantu mereka menumpukan perhatian kepada pelaksanaan ibadah haji dengan lebih sempurna.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok