MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) SEMPENA PERASMIAN MASJID SAUJANA PUCHONG
Saujana Puchong, 16 Februari 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) bersempena Majlis Perasmian dan Pembukaan Masjid Saujana Puchong yang telah disempurnakan oleh Y.A.D. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling.
Dalam majlis tersebut, TIJARI telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM67,840.00 bagi menampung kos kerja-kerja elektrik masjid berkenaan, hasil sumbangan umat Islam di Negeri Selangor melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Setiausaha TIJARI kepada wakil Masjid Saujana Puchong sebagai simbol sokongan terhadap usaha memperkasa institusi masjid.
Inisiatif ini membuktikan peranan strategik TIJARI sebagai pemudah cara dalam menyalurkan sumbangan umat Islam secara terancang dan berimpak tinggi, khususnya dalam memperkukuh prasarana institusi masjid sebagai nadi penyatuan dan pembangunan masyarakat. Sokongan berterusan ini selaras dengan aspirasi untuk memastikan kemudahan ibadah yang selesa, selamat dan kondusif dapat dinikmati oleh seluruh kariah.
Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat menyempurnakan keperluan teknikal masjid serta menyumbang kepada kelancaran pengimarahan dan pelaksanaan aktiviti keagamaan pada masa hadapan. Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.