MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) DAN PERASMIAN JENTERA PENGOREK KAUT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUL SA’ADAH KG. JOHAN SETIA (TPIRS)

Klang, 30 Oktober 2023 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) serta Perasmian Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sa’adah, Kampung Johan Setia, Klang.

Dalam majlis tersebut, TIJARI telah menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM100,000.00 bagi menampung kos perolehan Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) untuk kegunaan pengurusan dan penyelenggaraan tanah perkuburan berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh tetamu kehormat Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Orang Besar Daerah Klang. Turut mengiringi beliau ialah Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI; Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI; serta Tuan Mahdi Al-Hilmy bin Arshad, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang.

Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan TIJARI dalam memperkukuh kemudahan prasarana institusi berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor, khususnya bagi memastikan pengurusan tanah perkuburan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan sistematik.

Diharapkan agar sumbangan ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat serta memudahkan segala urusan pengendalian jenazah pada masa akan datang.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok