MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BULANAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) BAGI BULAN OKTOBER DAN NOVEMBER
Shah Alam – Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah melaksanakan penyerahan sumbangan bulanan bagi bulan Oktober dan November kepada masjid, surau, persatuan, pertubuhan serta institusi pendidikan di Negeri Selangor.
Sumbangan ini disalurkan berdasarkan permohonan rasmi yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkenaan bagi pelaksanaan pelbagai program keagamaan, kebajikan, pendidikan serta aktiviti pembangunan ummah. Setiap permohonan telah melalui proses penelitian dan kelulusan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan bantuan yang diberikan benar-benar memenuhi keperluan serta memberi impak kepada komuniti setempat.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI. Turut mengiringi beliau ialah Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.
Penyaluran sumbangan bulanan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyokong inisiatif yang dirancang oleh institusi dan organisasi Islam di peringkat akar umbi agar dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan berdaya tahan.
Diharapkan sokongan yang diberikan ini akan terus memperkasa pelaksanaan program-program yang memberi nilai tambah kepada masyarakat serta memperkukuh fungsi institusi Islam sebagai wadah pembangunan rohani, intelektual dan sosial ummah di Negeri Selangor.