MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BENCANA TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)
Shah Alam, 12 Mac 2026 – Tabung Infak Jariah Umat Islam
Selangor (TIJARI) telah melaksanakan penyaluran sumbangan kepada bakal jemaah haji Muassasah Negeri Selangor yang menerima tajaan penuh Kerajaan Negeri Selangor sebagai persediaan menunaikan ibadah haji pada
tahun ini.
Seramai 29 bakal jemaah haji telah menerima sumbangan wang saku sebanyak RM1,000 setiap seorang, dengan jumlah keseluruhan RM29,000, bagi membantu menampung sebahagian perbelanjaan sepanjang berada di Tanah Suci.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Pengerusi TIJARI. Turut hadir Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI sert Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.
Penyaluran sumbangan ini merupakan sebahagian usaha TIJARI dalam memperkukuh kebajikan umat Islam melalui sokongan kepada bakal jemaah haji, di samping melengkapkan bantuan tajaan penuh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.