Forum Perdana Hal Ehwal Islam Anjuran Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Dengan Kerjasama Masjid Denai Alam Dan Jabatan Mufti Negeri Selangor
SHAH ALAM, 15 Ogos 2025 – Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung dengan penuh jayanya di Masjid Denai Alam pada hari Jumaat, 15 Ogos 2025.
Program ini dianjurkan oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI) dengan kerjasama Masjid Denai Alam dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Penganjuran forum ini bertujuan memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap isu-isu semasa berkaitan hal ehwal Islam, di samping menjadi wadah pencerahan ilmu dan dakwah yang mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul.
Dengan penceramah utama forum kali ini iaitu:
- Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM
- Ustaz Harryanto Rizal Bin Haji Rokman, Pendakwah Bebas Bertauliah Negeri Selangor
Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah menambahkan keberkatan dan kredibiliti kepada forum berkenaan, dengan audiens yang hadir terdiri daripada jemaah dan masyarakat setempat menunjukkan sambutan amat menggalakkan untuk menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan ukhuwah Islamiah. Diharap agar penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam ini bukan sahaja dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa Islam, malah menyemarakkan budaya infak, mengangkat peranan masjid sebagai pusat ilmu serta mempererat kerjasama antara institusi agama dan masyarakat.