MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BENCANA TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)

Shah Alam, 12 Mac 2026 – Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah melaksanakan penyaluran bantuan kepada beberapa masjid yang terjejas akibat kejadian bencana yang telah memberi kesan kepada operasi dan fungsi harian institusi tersebut. Kesan daripada bencana tersebut telah menjejaskan kemudahan serta kelangsungan aktiviti keagamaan, sekali gus memerlukan sokongan segera bagi memastikan operasi masjid dapat diteruskan dengan baik demi manfaat komuniti setempat.

Sebanyak RM188,116.50 telah disalurkan kepada masjid dan surau yang terlibat sebagai usaha membantu meringankan beban serta menyokong kesinambungan fungsi institusi masjid surau sebagai pusat ibadah dan aktiviti masyarakat.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Pengerusi TIJARI. Turut hadir Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI serta Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.

Penyaluran bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam memastikan kebajikan institusi agama sentiasa diberi perhatian serta bantuan disalurkan secara terancang, telus dan berimpak kepada masyarakat.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok