MAJLIS PENYERAHAN DANA IHYA' RAMADAN TAHUN 2026 TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)

Shah Alam, 12 Mac 2026 – Tabung Intak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah melaksanakan penyaluran Dana Ihya’ Ramadan kepada institusi pendidikan, masjid, surau serta persatuan di Negeri Selangor bagi menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan.

Sebanyak RM228,200.00 telah disalurkan bagi memperkasa program pengimarahan Ramadan di peringkat akar umbi, termasuk aktiviti ibadah, dakwah serta sokongan kepada keperluan operasi institusi Islam agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

Majlis penyerahan dana telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Pengerusi TIJARI. Turut hadir Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah (Operasi) JAIS merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI serta Ustaz Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.

Penyaluran sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyokong pembangunan institusi Islam serta memastikan manfaat dana infak dapat disalurkan secara terancang, telus dan berimpak kepada masyarakat.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok