SUMBANGAN BANTUAN BENCANA DAERAH KUALA LANGAT TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) MELALUI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
Kuala Langat, 25 Februari 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan bantuan bencana oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat kejadian bencana di daerah Kuala Langat.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa penduduk terlibat, TIJARI telah menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM13,000.00 kepada mangsa-mangsa yang terjejas bagi membantu meringankan beban serta menampung keperluan asas mereka.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hairul Anuar bin Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Kuala Langat. Turut hadir mengiringi beliau ialah Encik Muhammad Haziq bin Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.
Penyerahan sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dalam menyantuni masyarakat yang ditimpa bencana serta memastikan bantuan disalurkan secara segera, telus dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan kesulitan para mangsa serta menjadi amal jariah yang berterusan kepada para penyumbang.