SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) KEPADA GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA

Shah Alam, 5 September 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada Gabungan Dakwah Malaysia bagi menyokong pelaksanaan Program Daurah Mursyid Dakwah Negeri Selangor Tahun 2024.

Dalam sesi tersebut, TIJARI telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM57,000.00 bagi menampung kos pelaksanaan program yang bertujuan memperkasa peranan para pendakwah serta memperkukuh jaringan dakwah di Negeri Selangor secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Setiausaha TIJARI.

Penyaluran bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyokong usaha pembangunan dakwah yang holistik dan berstrategik, selaras dengan aspirasi memperkukuh kefahaman serta penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat.

Diharapkan inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan kapasiti para pendakwah dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran semasa.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok