SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) KEPADA MASJID KIYAI MUKRI, TANJONG KARANG
Shah Alam, 2 September 2024 – Alhamdulillah, telah diadakan sesi penyerahan sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada Masjid Kiyai Mukri, Tanjong Karang bagi tujuan menampung kos pembelian sebuah van jenazah untuk kegunaan kariah dan masyarakat setempat.
Dalam majlis tersebut, TIJARI telah meluluskan dan menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000.00 sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuh kemudahan pengurusan jenazah di masjid berkenaan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Setiausaha TIJARI dan diiringi oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.
Pemberian sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan TIJARI dalam memperkasa institusi masjid sebagai pusat khidmat masyarakat, khususnya dalam memastikan kemudahan pengurusan jenazah dapat disediakan secara lebih teratur, efisien dan berdaya saing selaras dengan keperluan semasa.
Adalah menjadi harapan agar kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kebajikan umat Islam setempat, seterusnya memperkukuh peranan masjid sebagai institusi yang sentiasa responsif dan komprehensif dalam memenuhi tuntutan fardu kifayah serta kepentingan ummah secara keseluruhannya.