SUMBANGAN BENCANA BANJIR TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) MELALUI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)
Kuala Selangor, 30 Ogos 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan bantuan bencana banjir oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada tiga belas (13) buah keluarga penduduk Kampung Jaya Setia yang terjejas akibat kejadian banjir pada 26 Ogos 2024 kira-kira jam 7.20 malam.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa, TIJARI telah menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM13,000.00 kepada kesemua keluarga terlibat bagi membantu meringankan beban serta menampung keperluan asas mereka.
Pihak TIJARI Daerah bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor telah menziarahi mangsa-mangsa bagi menyampaikan sumbangan secara langsung. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Nasrul Hadi bin Rohani, Pegawai Tadbir Agama, PAID Kuala Selangor merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Kuala Selangor dan diiringi oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyantuni masyarakat yang ditimpa bencana serta memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera, telus dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan kesulitan mangsa serta menjadi amal jariah yang berterusan kepada para penyumbang.