SUMBANGAN BENCANA KEBAKARAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)
Telok Menegon, 27 Ogos 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan bantuan bencana kebakaran oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada mangsa insiden kebakaran yang berlaku pada 25 Ogos 2024 kira-kira jam 3.30 petang.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan keseluruhan kediaman mangsa. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap musibah yang menimpa, pihak TIJARI telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM2,000.00 bagi membantu meringankan beban mangsa serta menampung keperluan asas yang diperlukan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan TIJARI dalam menyantuni masyarakat yang ditimpa bencana serta memastikan bantuan dapat disalurkan secara segera dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.
Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan kesulitan mangsa dan menjadi amal jariah yang berterusan kepada para penyumbang.