MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) DAN PERASMIAN JENTERA PENGOREK KAUT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT LAGONG, TAMAN EHSAN, KEPONG

Bukit Lagong, 13 November 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) serta Perasmian Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong.

Dalam majlis tersebut, TIJARI telah menyumbangkan dana berjumlah RM34,500.00 bagi menampung kos perolehan Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) yang akan digunakan untuk urusan pengurusan dan penyelenggaraan tanah perkuburan berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Setiausaha TIJARI. Turut mengiringi beliau ialah Encik Muhammad Haziq bin Mohd Sarif, Pegawai Tadbir TIJARI dan Encik Mohamad Saiful Azli bin Mohamad Ramli, Akauntan TIJARI.

Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif berterusan TIJARI dalam menyokong keperluan prasarana institusi berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor, khususnya dalam memastikan pengurusan tanah perkuburan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan sistematik.

Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat serta memudahkan segala urusan pengkebumian pada masa akan datang.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok