MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI) DAN PERASMIAN JENTERA PENGOREK KAUT DI TANAH PERKUBURAN ISLAM ELMINA

Shah Alam, 23 Julai 2024 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) serta Perasmian Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) di Tanah Perkuburan Islam Elmina.

Dalam majlis tersebut, TIJARI telah menyalurkan sumbangan dana berjumlah RM166,500.00 bagi menampung kos perolehan Jentera Pengorek Kaut (Backhoe) untuk kegunaan pengurusan dan penyelenggaraan tanah perkuburan berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Salwana binti Ahmad Dahlan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merangkap Timbalan Pengerusi TIJARI. Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Mohd Zaini bin Ramli, Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling merangkap Pengerusi TIJARI Daerah Petaling serta Ustaz Haji Hashim bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI.

Sumbangan ini merupakan komitmen berterusan TIJARI dalam memperkukuh kemudahan prasarana institusi berkaitan hal ehwal Islam di Negeri Selangor, khususnya dalam memastikan urusan pengurusan dan pengendalian tanah perkuburan dapat dilaksanakan secara lebih efisien, teratur dan sistematik.

Diharapkan agar sumbangan ini dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat setempat serta memudahkan segala urusan berkaitan pengkebumian pada masa akan datang.

Semoga segala usaha dan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok