SUMBANGAN PEMBELIAN KENDERAAN RASMI OLEH TABUNG INFAK JARIAH UMAT ISLAM SELANGOR (TIJARI)

Shah Alam – sekitar majlis simbolik penyerahan sumbangan pembelian kenderaan rasmi oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) kepada tiga bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumbangan ini melibatkan:
🚗 Bahagian Pengurusan Masjid JAIS
🚗 Jabatan Mufti Negeri Selangor
🚗 Unit Pembangunan JAIS

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh wakil pengurusan tertinggi TIJARI dengan kehadiran para pegawai dan wakil daripada setiap bahagian yang menerima sumbangan. Kenderaan yang disumbangkan ini bertujuan memperkukuh urusan pentadbiran, pemantauan, serta pelaksanaan program dan perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TIJARI dalam menyokong keperluan prasarana dan memperkasakan pengurusan institusi agama demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat berpanjangan serta menjadi asbab kelancaran urusan dakwah dan pentadbiran agama di negeri ini.
Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok