Sumbangan Bencana Pokok Tumbang Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari)
Kuala Kubu Bharu, 23 April 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana pokok tumbang TIJARI kepada Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek yang terletak di Daerah Hulu Selangor telah mengalami musibah pokok tumbang pada 10 April 2025 kira-kira jam 5.00 pagi yang telah mengakibatkan kerosakan di bahagian bumbung makmal dan tandas sekolah.
Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban sekolah.
Sumbangan telah disampaikan oleh Wakil Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.