Sumbangan Bencana Banjir Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Di KAFAI Al-Jannah Mutiara Subang

Subang Jaya, 2 May 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana banjir TIJARI kepada KAFAI Al-Jannah Mutiara Subang yang mengalami bencana banjir pada 23 April 2025 kira-kira jam 7.00 pagi dan telah menenggelamkan sebahagian kawasan sekolah.

Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok