Sumbangan Musibah Bencana Ribut Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari)
Cheras, 27 Februari 2025 – Satu kejadian ribut di sekolah KAFA Integrasi Taman Rakan Cheras yang terletak di Daerah Hulu Langat telah berlaku pada 20 Februari 2025 kira-kira jam 5.35 petang. Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakkan di bahagian kantin sekolah. Pihak TIJARI telah menziarahi sekolah bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban sekolah.
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI.