Sumbangan Bencana Kebakaran Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari)

Sepang, 25 Mac 2025 – Alhamdulillah selesai sesi penyerahan dana bantuan bencana kebakaran TIJARI kepada KAFA Integrasi Jannatul Ma’wa dalam insiden kebakaran yang telah berlaku pada 24 Mac 2025 kira-kira jam 3.50 petang.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakkan hampir keseluruhan kawasan sekolah tersebut. Pihak TIJARI Daerah telah menziarahi bagi menyampaikan sumbangan agar dapat meringankan beban mangsa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haziq Bin Mohd Sarif selaku Pegawai Tadbir TIJARI dan diringi oleh wakil Pegawai Tadbir Agama, PAID Sepang.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok