Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) Kepada Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam

Kajang, 6 Mac 2025 – Alhamdulillah selesai penyerahan sumbangan dana Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor

(TIJARI) kepada Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, hasil sumbangan umat Islam di Negeri Selangor untuk menampung kos perbelanjaan bagi menyiapkan pembinaan masjid.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hashim Bin Muhamad selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS merangkap Setiausaha TIJARI dan diiringi oleh Encik Mohamad Saiful Azli Bin Mohamad Ramli selaku Akauntan TIJARI.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok