Forum Perdana Hal Ehwal Islam Anjuran Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) Dengan Kerjasama Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor Dan Jabatan Mufti Selangor

SHAH ALAM, 21 Julai 2025 – Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung dengan penuh jayanya di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada hari Isnin, 21 Julai 2025.

Program ini dianjurkan oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam (TIJARI) dengan kerjasama Masjid Seksyen 7 Shah Alam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, serta IKIM.fm.

Penganjuran forum ini bertujuan memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap isu-isu semasa berkaitan hal ehwal Islam, di samping menjadi wadah pencerahan ilmu dan dakwah yang mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam yang syumul.

Dengan penceramah utama forum kali ini iaitu:

  • Y.A.D. Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor 
  • Ustaz Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang 

Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah menambahkan keberkatan dan kredibiliti kepada forum berkenaan, dengan audiens yang hadir terdiri daripada jemaah dan masyarakat setempat menunjukkan sambutan amat menggalakkan untuk menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan ukhuwah Islamiah. Diharap agar penganjuran Forum Perdana Hal Ehwal Islam ini bukan sahaja dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap isu-isu semasa Islam, malah menyemarakkan budaya infak, mengangkat peranan masjid sebagai pusat ilmu serta mempererat kerjasama antara institusi agama dan masyarakat.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram
Tiktok