Tujuan Tabung

  • 01

    1

    Tabung ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menggan-tikan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor (TAPIS) yang diwujudkan di bawah Seksyen 9(3) Akta Tatacara Kewangan 1957 sepertimana dititahkan oleh 03 D.Y.M.M Sultan Selangor bertarikh 10 Mac 2020 Bil. (114) dim.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.56 berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI).

  • 02

    2

    Tabung ini akan mengakaunkan semua hasil kutipan infak umat Islam, sumber hasil sewaan atau apa-apa hasil yang dikenakan dengan cara yang lain ke atas aset dan tanah / strata yang berada di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan sumbangan atau manfaat tunai daripada mana-mana pihak.

  • 03

    3

    Tabung ini adalah bagi menerima atau dikreditkan apa jua bantuan atau wang selain daripada bantuan atau wang dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Perkara 12, Fasal 2; Perlembagaan Persekutuan.

  • 04

    4

    Tabung ini digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti yang dititah oleh D.Y.M.M Sultan Selangor bertarikh 4 Ogos 2020 Bil. (72) dim.Pej.DYMM.Sul.Sel.M/3/01.Jld.57 dan kepentingan-kepentingan lain bagi meningkatkan syiar Islam dan memartabatkan ummah.

Follow by Email
YouTube
Instagram
Telegram